Canadian National Exhibition

Pameran Kebangsaan Kanada (CNE) ialah acara tahunan yang berlangsung di Exhibition Place di Toronto, Ontario, Kanada. Pameran ini berlangsung semasa 18 hari terakhir menjelang dan termasuk Hari Buruh Kanada, yang diraikan pada setiap hari Isnin pertama bulan September. Dengan kira-kira 1.5 juta pelawat setiap tahun, CNE adalah pesta tahunan terbesar di Kanada dan yang keenam terbesar di Amerika Utara.[2]Pameran Kebangsaan Kanada yang pertama diadakan pada tahun 1879, di mana sebahagian besarnya adalah untuk mempromosikan pertanian dan teknologi di Kanada. Ahli pertanian, jurutera, dan hli sains mempamerkan penemuan dan rekaan mereka di CNE untuk mempamerkan karya dan bakat mereka. CNE telah mencerminkan pertumbuhan kepelbagaian dan inovasi, walaupun pertanian dan teknologi kekal menjadi sebahagian besar dari acara CNE. Bagi kebanyakkan orang di kawasan Toronto Raya dan masyarakat sekitarnya, CNE merupakan tradisi keluarga tahunan.[3]

Canadian National Exhibition

Tarikh 18 hari (dari pertengahan bulan Ogos hingga Hari Buruh)
Kehadiran 1.56 juta (2017)[1]
Lokasi Exhibition Place di Toronto, Ontario
Kekerapan Tahunan
Laman sesawang theex.com
Negara  Kanada
Genre Pesta provinsi/pertanian dan hiburan
Tahun aktif 142